Tausikh

Salam untuk semua..
Sewaktu saya di Darjah 2 atau 3,sekitar awal 90an,ada satu program kanak-kanak 'ALONG' di RTM 1.Satu dlot dalam rancangan tersebut dihoskan oleh 'Siti Sifir'.Adik Siti ni terkenal dgn lagu sifirnya.Dia telah membantu pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menghafal sifir kerana sifir teramat penting untuk bijak dalam matematik.

Apa kaitannya dengan taranum?
Tausikh dalam bahasa mudah adalah sifir.Lebih mudah lagi kita namakannya template/mask/topeng.Siri pengajian taranum yang dianjurkan oleh lagenda Qari Indonesia - Dr HA Muammar,menggunakan konsep ini.Beliau telah mencipta 7 tausikh bersamaan dengan 7 jenis taranum dengan menggabungkan pelbagai jenis cabang taranum.Tausikh beliau masih lagi diguna pakai hingga ke hari ini dalam siri pembelajaran taranum.

Kaedah Dian juga menggunakan tausikh.walaubagaimanapun, tausikhnya bukanlah puisi,syair ataupun bait-bait lagu yang mempunyai maksud.Tausikh kaedah ini mementingkan awal dan akhir lagu.Setelah mengikuti kelas asas taranum kaedah ini,saya mengambil tindakan utk mengembangkan lagi kaedah ini.Dapatkan kaedah ini kelak setelah siap dikemaskini.

0 reaksi: