Dapatkan Taranum Kaedah Dian

Salam.
Berikut saya petik post daripada laman pemilik asal kaedah ini.
Saya sengaja mengasingkan post ini supaya  anda fokus dengan tajuk pos kali ini.

CERITA BENAR (1)
Sewaktu saya menjumpai kaedah ini, kira-kira pada tahun 2003 atau boleh saya katakan dalam bentuk kasar pada tahun 1999, tidak ada orang memandang kaedah ini, sehingga sekarang. Apakah kaedah saya ini berdosa? Tidak bagus? atau menyalahi hukum bertarannum yang asal?
Saya yakini ia bukan berkisar semua itu. Ia lebih merupakan persoalan ‘SIAPA ANDA DENGAN KAEDAH INI.”
Saya pernah dipelawa mempersembahkan kaedah ini di sebuah pejabat pendidikan agama, namun di saat-saat akhir, kesempatan itu tidak ada buat saya.
Walau bagaimanapun, saya sempat mempersembahkan kaedah ini dibeberapa masjid ‘besar’ dalam negeri Johor namun, ia sekadar persembahan. Mujur saya pernah bertugas sebagai Guru Agama di sebuah pusat latihan belia, maka kesempatan ini saya gunakan meluaskan dan memahirkan diri saya dengan kaedah ini.
Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang kini telah bersara daripada Jabatan Pertanian menjemput saya mengadakan kelas Kaedah Dian ini di bilik mesyuarat pejabatnya. Mereka memilih untuk saya adakan kelas sekali seminggu selama 5 minggu. Bermakna 2jam untuk sekali kelas X 5minggu = 10 jam. 2 Jam terakhir bukanlah kelas tetapi lebih kepada jamuan dan pertukaran hadiah. :)

CERITA BENAR (2)
Kadangkala saya terfikir sendiri, apakah lagi yang harus saya lakukan untuk menyebarkan ilmu-ilmu ini. Jujur, saya bukan gilakan nama, pangkat atau wang ringgit dengan sedikit kelebihan saya yang ada ini. Saya seronok melihat saya menjadi wasilah ilmu itu disebarkan.
Namun, saya mempunyai kelemahan, saya tidak boleh berjalan sendirian. Jika anda berminat dengan Kaedah Dian ini, sila e-mail saya di azlansenggarang@yahoo.com secepat mungkin kerana saya tidak mungkin membenarkan terlalu ramai menjadi ‘rakan penyebar’ Kaedah Dian ini. (Kita akan berbincang dengan lebih personal, permulaannya di dalam e-mail.)
Tiada syarat dikenakan melainkan ; Anda mempunyai kejujuran, idea, pengalaman dan lebih penting kecintaan terhadap penyebaran ilmu ini.
Rasanya cukup dahulu setakat ini, saya nantikan komen dan e-mail daripada anda semua yang menjadikan hits lamanbestari ini semakin hari semakin tinggi.
Wassalam



Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD-Tarannum Kaedah Dian ini, sila rujuk keterangan di bawah;-

ISI KANDUNGAN
CD (1) – Kaedah Dian
Mengandungi Sifir-sifir yang istimewa bagi mempelajari Tarannum Al-Quran. Ada 3 lagu dalam CD ini iaitu; Bayati, Hijaz,Sobah dan Nahawand.

CD (2) – Bacaan Al-Quran Bertarannum.
Contoh-Contoh Bacaan Al-Quran Oleh Qari Terkenal Mesir dan lain-lain. Ia mengkhusus kepada setiap lagu-lagu tertentu supaya mudah untuk mengenal lenggok bacaan yang pelbagai tetapi dalam jenis lagu yang sama.

CD (3) – Tips-Tips Bagi Menjaga Suara.
Mengandungi Tip-tips yang terpilih bagi memastikan seseorang Qari dapat membaiki dan memperelokkan suara.

PERCUMA
CD(4) – Sifir Tarannum berdasarkan Syair.

CD(5) - Tahsin as-sout (hasil suntingan rancangan mari bertaranum)

CD(6) - Info tilawah (hasil suntingan rancangan mari bertaranum)

notes : Kaedah ini sudah 70% siap.Dijangka dapat ditawarkan sekitar Januari.