Pengenalan

Dari meja blogger,

Salam seagama semua.
Terima kasih atas kesudian saudara/i menyinggah ke laman blog saya. Maaf sekiranya susunan dan gaya penyampaian saya dalam blog ini tidak bagus. Saya cuba sampaikan yang terbaik.

Saya bukanlah ustaz,mahupun qari yang hebat dalam mengalunkan ayat suci al-Quran secara bertaranum. Atas dasar minat dan minat,inilah medium untuk saya lebih rapat dengan al-Quran.

Semua artikel dan bahan yang saya masukkan dalam blog ini adalah bersumberkan daripada youtube, laman individu dan laman sosial. Mungkin saudara/i mendapati bahan itu diambil daripada laman saudara/i, saya mohon izin untuk terbitkan dalam blog saya.

Sekiranya terdapat kesilapan/ kesalahan, silalah komen atau hantarkan emel kepada saya supaya saya boleh perbaiki. Akhir kata,ambillah manfaat daripada blog saya semaksima mungkin kerana saya juga mengambil manfaat semaksimanya daripada laman saudara/i pencinta seni taranum.

Salam.

0 reaksi: