Tausikh

Salam untuk semua..
Sewaktu saya di Darjah 2 atau 3,sekitar awal 90an,ada satu program kanak-kanak 'ALONG' di RTM 1.Satu dlot dalam rancangan tersebut dihoskan oleh 'Siti Sifir'.Adik Siti ni terkenal dgn lagu sifirnya.Dia telah membantu pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menghafal sifir kerana sifir teramat penting untuk bijak dalam matematik.

Apa kaitannya dengan taranum?
Tausikh dalam bahasa mudah adalah sifir.Lebih mudah lagi kita namakannya template/mask/topeng.Siri pengajian taranum yang dianjurkan oleh lagenda Qari Indonesia - Dr HA Muammar,menggunakan konsep ini.Beliau telah mencipta 7 tausikh bersamaan dengan 7 jenis taranum dengan menggabungkan pelbagai jenis cabang taranum.Tausikh beliau masih lagi diguna pakai hingga ke hari ini dalam siri pembelajaran taranum.

Kaedah Dian juga menggunakan tausikh.walaubagaimanapun, tausikhnya bukanlah puisi,syair ataupun bait-bait lagu yang mempunyai maksud.Tausikh kaedah ini mementingkan awal dan akhir lagu.Setelah mengikuti kelas asas taranum kaedah ini,saya mengambil tindakan utk mengembangkan lagi kaedah ini.Dapatkan kaedah ini kelak setelah siap dikemaskini.

Perisian Tajwid

Asas kepada bacaan al-Quran bertaranum adalah Tajwid.

Saya syorkan saudara/i mendapatkan perisian berikut dan cuba pelajari ilmu tajwid semampu boleh.Sebenarnya ilmu ini perlu dilatih berulang kali secara praktikal iaitu sentiasa membaca al-Quran.Lama kelamaan dgn sendirinya ilmu tajwid meresap dalam minda.

http://hotfile.com/dl/91555313/ca0cdda/TAJWID.EXE.html

Baiyati harkat - 1

Di mana-mana kelas pengajian taranum, pasti akan bermula dengan lagu baiyati.Untuk pengisian ruangan taranum ini,ikuti kelas berikut:



Untuk meng'apply' harkat pertama ini,saya cadangkan saudara/i ambil mana-mana satu ayat Quran,lakarkan graf seperti yg ditunjukkan dalam sedutan video di atas.Alunkan sama seperti yang ditunjukkan.
Mari cuba bertaranum.

Pengenalan Taranum

Sedutan kali ini menerangkan pengenalan kepada taranum.
Ikutan video berikut:

Info Taranum

Salam semua,
Di tengah malam yang hening ini ingin saya kongsikan sesuatu hasil googling saya dalam internet.Fail yang saya upload ini berbentuk ppt,tetapi saya telah convertkan ke bentuk exe (memudahkan penggunaan doc ini). Silalah download dari link berikut:

http://hotfile.com/dl/91249807/6e3eec0/intro_tarannum.exe.html


Fail ini mengandungi:
1. maksud taranum
2. ragam bacaan
3. tausikh taranum

Sesuai bagi mereka yg newbie spt saya.
Terima kasih kepada individu yang hasilkan ppt tersebut.

Kurikulum Taranum

Untuk permulaan,saya uploadkan video pertama yang disunting daripada rancangan mari bertaranum.Rancangan ini amat sesuai kepada mereka yang baru bermula mendekati seni bertaranum.Dalam kurikulum ini, terbahagi kepada beberapa sub - tahsin as-sout (seni suara), tajwid dan taranum.Gabungan kesemua ini membawa kepada gaya bacaan yang tartil. Lihat sedutan rancangan:

Pengenalan

Dari meja blogger,

Salam seagama semua.
Terima kasih atas kesudian saudara/i menyinggah ke laman blog saya. Maaf sekiranya susunan dan gaya penyampaian saya dalam blog ini tidak bagus. Saya cuba sampaikan yang terbaik.

Saya bukanlah ustaz,mahupun qari yang hebat dalam mengalunkan ayat suci al-Quran secara bertaranum. Atas dasar minat dan minat,inilah medium untuk saya lebih rapat dengan al-Quran.

Semua artikel dan bahan yang saya masukkan dalam blog ini adalah bersumberkan daripada youtube, laman individu dan laman sosial. Mungkin saudara/i mendapati bahan itu diambil daripada laman saudara/i, saya mohon izin untuk terbitkan dalam blog saya.

Sekiranya terdapat kesilapan/ kesalahan, silalah komen atau hantarkan emel kepada saya supaya saya boleh perbaiki. Akhir kata,ambillah manfaat daripada blog saya semaksima mungkin kerana saya juga mengambil manfaat semaksimanya daripada laman saudara/i pencinta seni taranum.

Salam.